Sukma 2024: Tinju janji enam emas bagi Sarawak

Rahman (tengah) pada sidang media di Kuching.

KUCHING, 8 April: Sasaran enam pingat emas dalam acara tinju mampu dicapai pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) ke-21 Ogos depan.

Presiden Persatuan Tinju Negeri Sarawak (SABA) Dato Rahman Lariwoo berkata, ia berdasarkan perkembangan semasa dari negeri-negeri yang terlibat.

“Sarawak sudah sedia bertarung. Kementerian Sukan meletakan sasaran enam pingat emas.


“Saya yakin kita mampu mencapai sasaran dan kali ini Sarawak boleh menjadi pemenang keseluruhan bagi sukan tinju,” katanya pada sidang media di Kuching hari ini.

Bagi memantapkan skuad tinju tambah Rahman, peninju negeri akan dibawa berlatih ke Selatan Thailand, Pontianak dan Bagio di Filipina.

Pada Sukma kali ini, acara ti ju menawarkan 16 pingat emas dengan 4 adalah dari kategori wanita. — DayakDaily