Sukma 2024: Sarawak terlepas gangsa acara tenis berpasukan campuran

Acara individu dengan tawaran lima pingat emas bermula di Kompeks SLTA hari ini (19 Ogos 2024).
Advertisement

Oleh Chris Bishop

KUCHING, 19 Ogos: Sarawak tewas dalam perebutan pingat gangsa dalam acara tenis berpasukan campuran di Sukan Malaysia (Sukma) 2024.

Pada perlawanan penentuan di Kompleks Tenis SLTA hari ini, Sarawak kalah dengan kiraan 2-3 kepada Selangor.

Advertisement

Beregu campuran Sarawak Soo Hui Yii-Hii Shieng Wee memberi kelebihan awal kepada Sarawak dengan mengalahkan gandingan Mak Zooey-Jon Caleb 6-1,6-1.

Beregu wanita Sarawak Lydia Liong-Hii Xin tewas 3-6,1-6 kepada gandingan Chloe Zii-Jo Leen seterusnya mengikat kedudukan 1-1.

Perseorangan wanita Sarawak Nathanielle Ann kalah 0-6,1-6 kepada Sharifah Elsa Wan manakala beregu lelaki Sarawak Matthew Goh-Raidon Xue kalah 4-6,2-6 kepada Christian Liew-Hayden Khoo seterusnya membolehkan Selangor mendahului 3-1.

Perseorangan lelaki Sarawak Ayden Shah menang 3-6, 2-3 (Ret) mengatasi Deves Sarawanan.

Sementara itu, pasukan Wilayah Persekutuan memperolehi pingat emas pada Sukma 2024 ini setelah mengalahkan Perak 3-1.

Acara individu tenis yang menawarkan lima pingat emas iaitu perseorangan lelaki, perseorangan wanita, beregu lelaki, beregu wanita dan beregu campuran bermula hari ini. — DayakDaily

Advertisement