Sukma 2024: Sarawak raih gangsa acara kriket T10 Wanita

Pasukan T10 Wanita Sarawak memenangi pingat gangsa. Kredit foto: TVS
Advertisement

KUCHING, 24 Ogos: Pasukan Kriket T10 Wanita Sarawak meraih pingat gangsa pada Sukan Malaysia (Sukma) 2024.

Pada aksi di hari terakhir Sukma 2024 pagi tadi, Sarawak berjaya menewaskan Wilayah Persekutuan.

Berlangsung di Padang Kriket & Ragbi Petra Jaya, Sarawak mencatat 68 larian dengan 8 wickets.

Advertisement

Manakala Wilayah Persekutuan hanya mencatat 43 larian dengan 10 wickets.

Sarawak menang dengan perbezaan 25 larian. ā€” DayakDaily

Advertisement