Sukma 2024: Nur Hazirah tuai emas keempat menerusi acara boling tenpin bertiga

Nur Hazirah (tengah) bersama Jia dan Asya rangkul emas tenpin boling bertiga.
Advertisement

Oleh Chris Bishop

KUCHING, 18 Ogos: Atlet Sarawak Nur Hazirah Ramli menuai emas keempat pada Sukan Malaysia (Sukma) 2024 apabila menduduki tempat pertama dalam acara boling tenpin bertiga di Megalanes di sini, hari ini.

Nur Hazirah yang bergandingan dengan Lavinia Kho Jia Jie dan Asya Dania Azree mencatat mata keseluruhan 3,591 untuk merangkul pingat emas bagi Sarawak.

Advertisement

Selangor memperoleh pingat perak dengan memcatat mata keseluruhan 3,494 manakala Kedah di kedudukan pingat gangsa dengan mata keseluruhan 3,459.

Terdahulu Nur Hazirah telah memenangi emas pertama beliau dalam tenpin boling perseorangan wanita.

Emas kedua Nur Hazirah hadir melalui tenpin boling beregu wanita bersama Kho.

Manakala emas ketiga melalui tenpin boling beregu campuran bergandingan dengan Fan Yew Tsen. — DayakDaily

Advertisement