Sukma 2024: Nur Aleesya bawa Silambam Sarawak ke separuh akhir

Nur Aleesya Zahierah
Advertisement

Nur Aleesya bawa Silambam Sarawak ke separuh akhir

KUCHING, 21 Ogos: Atlet Silambam Sarawak Nur Aleesya Zahierah mara ke separuh akhir kategori poruthal wanita 60kg–70kg.

Pertarungan suku akhir yang berlangsung di Pusat Hikmah Exchange hari ini menyaksikan menewaskan wakil Wilayah Persekutuan Yogavati Jaya Kanesh.

Advertisement

Pusingan pertama menyaksikan pertarungan yang sangat sengit dengan keputusan 9-8 masing-masing.

Aleesya, 15, mengukuhkan kedudukannya di pusingan kedua apabila merekodkan kemenangan 13-11, sekaligus melayakkan dirinya ke separuh akhir.

Dalam pada itu, rakan sepasukannya Asyraff Aqil, turut melangkah ke separuh akhir poruthal lelaki bawah 55kg dan dijadualkan berdepan Thangeswaran dari Perak. — DayakDaily

Advertisement