Suami isteri hilang semasa mencari rotan, ditemui selamat di Bintangor

Pasangan terbabit bercakap dengan anggota SAR.
Advertisement

Oleh Juetila Ozzy

BINTANGOR, 6 Mei: Sepasang suami isteri yang dilaporkan hilang di dalam hutan di Sungai Janting, di sini ditemui dalam keadaan selamat malam tadi (Rabu).

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (Bomba) berkata pihaknya menerima laporan kehilangan pasangan terbabit pada jam 7.18 malam.

Advertisement

Susulan itu pihaknya dari Balai Bomba Bintangor telah melancarkan Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR).

“Pasukan SAR berjaya menghubungi kedua-dua mangsa dan pada jam 11.33 malam, mereka berjaya dijumpai dengan selamat.

“Mangsa berjaya dijumpai pada jarak 4.5 kilometer dari loksi mangsa dilaporkan hilang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya kedua-dua mangsa yang berusia 58 dan 74 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Mangsa hanya mengalami kekejangan pada kaki dan dalam keadaan lemah akibat berjalan dalam kesejukan,” katanya.

Difahamkan kedua-dua mangsa kemudian diiring pulang dan telah menjalani pemeriksaan kesihatan. — DayakDaily

Advertisement