Stor dan lori musnah dalam kebakaran di Kampung Melayu Baru, Kapit

Anggota Bomba Kapit berusaha memadamkan kebakaran di Kampung Melayu Baru, Kapit.

KUCHING, OGOS 5: Sebuah stor di Kampung Melayu Baru, Kapit terbakar dalam kejadian yang berlaku petang kelmarin.

Turut musnah dalam kebakaran tersebut ialah sebuah lori 3 tan.

Menurut kenyataan dari Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak, panggilan kecemasan diterima melalui talian MERS 999 pada jam 6.54 petang dan terus menggerakkan Bomba Kapit ke lokasi kejadian.


Setiba di lokasi, api telah memusnahkan struktur stor separuh kekal 20′ x 18′ dan sebuah lori 3 tan.

Tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dalam kejadian itu dan operasi memadam tamat jam 9 malam dengan stor dan lori musnah 100 peratus. — DayakDaily