This Content Is Only For Subscribers
KUCHING, 4 Julai: Bandar Sri Aman sekali lagi dipilih sebagai venue Kejohanan Tinju Terbuka Sarawak 2023 Edisi Ke-2.
Menurut laporan Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS), Presiden Persatuan Tinju Negeri Sarawak (SABA) Dato Rahman Lariwoo berkata, kejohanan bakal berlangsung pada 19 hingga 26 Ogos ini.
“Kita telah bermesyuarat dan bersetuju untuk menganjurkan Kejohanan Tinju Terbuka Sarawak 2023 Edisi Ke-2.
“Sri Aman sekali lagi kita pilih sebagai venue kejohanan selepas kejayaan edisi pertama pada Ogos 2022 di mana ia mendapat sambutan amat menggalakkan.
“Tambahan lagi, gelanggang sama iaitu Stadium Tertutup Simanggang Sri Aman juga akan menjadi venue acara tinju pada Sukma 2024,” katanya pada satu sidang media semalam.
Tambah Rahman, kejohanan kali ini disertai peninju SUKMA dari seluruh negeri.
Ia termasuk penampilan petinju dari Batam, Kalimantan, Singapuran, Jepun dan Thailand.
“Justeru, ia menjadi medan persiapan terbaik sebelum Sarawak menjadi tuan rumah Sukma 2024,” katanya.
Sementara itu, pemenang pingat emas Sukma 2022, Daeloniel McDelon Bong atau ‘Kilat Boy’ yang merupakan anak jati Sri Aman dijangka menentang petinju dari Thailand, Sonran Sopakul pada edisi kali ini. — DayakDaily