Sri Aman dan Miri catat kualiti udara tidak sihat

Len Talif (lima dari kanan) merakamkan kenangan bersama pegawai-pegawai Jabatan Hutan Sarawak di Karnival NTFP 2019 di Kuching.
Advertisement

Oleh Chris Bishop

KUCHING, Ogos 14: Tahap bacaan Indeks Pencemaran Udara (API) di bandar-bandar utama di Sarawak kecuali Miri dan Sri Aman berada di bawah 100.

Menurut Menteri Muda Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar Datu Len Talif Salleh, Bandar Miri mencatat bacaan tidak sihak akibat kebakaran hutan dan tanah gambut yang sedang berlaku sekarang.

Advertisement

Namun demikian, tegas beliau, kerajaan menerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak telah melakukan tindakan yang sewajarnya untuk menangani kebakaran tersebut.

“Dari segi tindakan yang telah dan akan kita ambil, ianya berada dalam kawalan seperti yang kita laksanakan di Miri.

“Usaha menangani kebakaran hutan dan tanah gambut ini melibatkan banyak agensi selain Bomba,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita di Karnival Hasil Hutan Bukan Kayu (NTFP) 2019 di Kuching, pagi tadi.

Selain Miri. tambah Talif, bandar Sri Aman juga turut mengalami masalah jerebu yang teruk akibat kebakaran hutan yang berlaku di Kalimantan, Indonesia.

“Sri Aman menghadapi masalah ini kerana bahagian tersebut bersempadan dengan Kalimantan.

“Dan di Miri, puncanya adalah dari kebakaran hutan dan tanah gambut yang sedang berlaku di bahagian tersebut.

“Maka, kebanyakan bandar-bandar di Sarawak tahap jerebu nya masih di bawah bacaan API 100 walaupun seketika ada meningkat kepada 150,” ujar Talif.

Menurut laporan Jabatan Alam Sekitar pada jam 12 tengahari ini, Sri Aman mencatat bacaan API 245 iaitu pada paras sangat tidak sihat.

Manakala di Institut Latihan Perindustrian (ILP) Miri (361), SK Kuala Baram (270) dan Sri Aman adalah tiga kawasan yang mencatat bacaan IPU tertinggi setakat ini. — DayakDaily

Advertisement