SPR: Pendaftaran pengundi 18 tahun belum dilaksanakan

Graphics for illustration purposes

KUCHING, Jun 7: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menerusi kenyataan hari ini menegaskan bahawa pendaftaran pengundi 18 tahun belum dilaksanakan.

Menurut pengerusinya Datuk Azhar Azizan Harun, pendaftaran tersebut akan dilaksanakan serentak dengan pendaftaran pemilih secara automatik.

“Ia akan dilaksanakan setelah segala persiapan SPR diselesaikan termasuklah penyediaan pindaan kepada Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002 dan undang-undang berkaitan.


“Ini melibatkan penyediaan prosedur operasi standard serta penyediaan sistem dan infrastruktur.

“Kesemua persiapan ini dijangkakan selesai selewat-lewatnya pada bulan Julai 2021,”katanya. — DayakDaily