Skim SKSPS sedia perlindungan sosial kepada pencarum

Dato' Sri Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed (tengah) menyerahkan sijil penghargaan kepada pencarum pertama Skim Sosial Pekerjaan Sendiri (SPS) Prihatin Wanita, Yeo Yan See.
Advertisement

KUCHING, 14 April: “Kerajaan banyak membantu kita terutamannya dalam menyediakan perlindungan keselamatan sosial walaupun saya hanya seorang pertani,” demikian dinyatakan Yeo Yian See, 61, yang merupakan pencarum pertama Skim Sosial Pekerjaan Sendiri (SPS) Prihatin Wanita.

Katanya, dia tidak mempunyai perlindungan insurans bagi kejadian kemalangan menyifatkan caruman dalam skim tersebut sebagai salah satu bentuk perlindungan bagi dirinya dan keluarga.

“Suami saya mengalami kemalangan dua bulan lepas dan kami tidak mempunyai perlindungan insuran kemalangan.

Advertisement

“Melihat kepada situasi tersebut anak saudara saya membetahu kenapa tidak mencarum dengan Perkeso. Jadi sekurang-kurangan saya ada mempunyai perlindungan jika sesuatu kemalangan terjadi,” katanya.

Yeo berkata, selepas mengetahui pekara tersebut, anak saudaranya telah segala prosedur dan urusan bagi membolehkan dia mencarum dengan Perkeso.

“Apabila saya ke sini (pejabat Perkeso), saya di beritahu ada SPS Prihatin Wanita malah jumlah yang perlu saya carum adalah sangat rendah. Rasa sangat bertuah dapat mencarum dalam skim ini,” katanya.

Kui Siap Yee

Rasa sama turut dikongsikan lagi seorang pencarum bagi Skim Keselamatan Sosial Perkerjaan Sendiri (SKSPS) Kui Siap Yee, 51 yang berkerja sebagai pemandu teksi.

Katanya, caruman yang dibuatnya melalui skim tersebut berupaya memberikan jaminan keselamatan kepada dirinya dan keluarga.

“Saya rasa senang dan gembira sebab ia ibarat perlindungan insuran untuk diri sendiri dan nilai perlindungan dia tinggi juga selain bayaran caruman bulanan yang rendah,” katanya.

Sementara itu Ketua Eksekutif Perkeso Dato’ Sri Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed berkata, menerusi skim SPS Lindung, seramai 5,317 orang telah mendaftar seluruh Sarawak sehingga 9 April Lalu.

Katanya, menerusi skim tersebut kerajaan menyediakan pembiayaan penuh RM232.80 caruman setahun pelan Kedua SKSPS dan RM592.80 caruman setahun pelan keempat SKSPS mengikut kumpulan sasaran.

“Salah satu kumpulan sasaran adalah 40,000 perkerja penghantaran di seluruh negara yang mana mereka layak mendapat perlindungan SKSPS di bawah PenjanaGig dan SPS Lindung,” katanya.

Azman berkata, bagi SPS Prihatin Wanita pula, seramai sembilan pencarum diseluruh Sarawak telah mencarum dengan Perkeso bagi skim tersebut sejak ia mula dilancar pada 1 April lalu.

“Ramai antara kita mengangap ini sebagai satu beban namum kita perlu melihat ini merupakan satu bentuk perlindungan sosial kepada pencarum dan keluarga mereka jika berlaku sebarang kemalangan,” katanya. — DayakDaily

 

Advertisement