SK Sungai Tangap dilanda banjir, keadaan terkawal

Keadaan banjir di sekolah terbabit setakat pagi tadi.

BEKENU, 25 Jan: Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Tangap dilanda banjir disebabkan hujan lebat sejak petang semalam sehingga malam tadi.

Difahamkan keadaan di sekolah tersebut terkawal dan semua 44 orang muridnya masih bersekolah seperti biasa.

Bagaimanapun, dua guru dan seorang Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) dilaporkan terkandas di lalian masuk ke sekolah terbabit dan diarahkan untuk melapor di sekolah terdekat.


Sehingga berita ditulis, dilaporkan tiada berlaku perkara yang tidak diingini dan tiada pusat pemindahan sementara dibuka. — DayakDaily