SK Song Kheng Hai terima RM177,792 dari Ahli Parliamen Bandar Kuching untuk naik taraf infrastruktur sekolah

Dr Kelvin Yii

KUCHING, Oct 5: Ahli Parliamen Bandar Kuching Dr Kelvin Yii Lee Wuen menyerahkan cek berjumlah RM177,692 kepada Persatuan IbuBapa dan Guru (PIBG) SK Song Kheng Hai untuk menaik taraf infrastruktur sekolah.

Menurut Dr Yii, bantuan tersebut disalurkan menerusi pejabat parliamen beliau.

“SK Song Kheng Hai telah beroperasi selama 57 tahun dan ada beberapa infrastruktur sekolah sudah lapuk serta uzur dan memerlukan naik taraf segera untuk memastikan murid-murid dapat belajar dalam persekitraran selesa serta menjamin keselamatan mereka di sekolah.


“Jadi, peruntukan ini akan digunakan untuk pemasangan bumbung untuk menyambung Blok B dengan Blok Makmal Komputer serta meratakan lantai kedua-dua blok tersebut, serta untuk membaikpulih siling kantin sekolah,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Dr Yii turut memberitahu bahawa sehingga kini, pejabat beliau telah melaksanakan beberapa menambahbaik kemudahan atas permintaan pihak sekolah, supaya murid dan guru dapat belajar dan mengajar dalam persekitaran yang selesa.

Tambah beliau, antara menambahbaik kemudahan termasuk memasang papan aluminum pelindung yang besar untuk perlindungan daripada cahaya dan hujan, menggantikan wayar usang dan pendawaian semula, membeli meja dan kerusi baru untuk bilik sains dan kabinet khas menyimpan peralatan sains.

“Pejabat saya akan terus bekerjasama dengan semua sekolah di kawasan saya untuk menyediakan bantuan yang diperlukan oleh sekolah,” katanya. — DayakDaily