Oleh Chris Bishop
KUCHING, 6 Mac: Kenali Siput Remis yang merupakan satu lagi makanan eksotik bersaiz kecil atau disebut lala kecil.
Bagi pengemar remis di sekitar Kuching, ia boleh diperolehi di Pasar Minggu di Kota Padawan.
Dijual dengan harga RM5 sebakul (bersaiz sederhana), remis antara tarikan utama pengunjung.
Menurut seorang penjual, remis diperolehi di mendapan pasir di sebuah sungai di Batu 8 Jalan Kuching-Serian.
Katanya, ia bukanlah satu kerja mudah kerana memerlukan masa dan kesabaran.
“Caranya adalah dengan mengorek mendapan pasir di tepi sungai menggunakan penutup kipas, seperti melombong emas.
“Kebiasaannya akan mengambil masa sekitar 4 jam di sungai untuk mendapatkan sebaldi remis.
“Namun ia adalah satu pekerjaan yang menyeronokan,” katanya.
Kebiasaannya, remis dimasak sup atau goreng seperti kupang, tiram, siput sedut mahupun kerang.
Sup Siput Remis yang dimasak dengan bawang dan serai sesuai dimakan bersama nasi kosong. — DayakDaily