Singapore ALC, Qaybaee rebut kejuaraan Tenis Piala Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah

Aksi perlawanan ketegori terbuka di antara Singapore ALC dan CTC di Kompleks Tenis SLTA.
Advertisement

KUCHING, 16 Nov: Pasukan Singapore ALC dan Qaybaee dari Kuala Lumpur bakal berentap bagi merebut kejuaraan Tenis Piala Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah di Kompleks Tenis SLTA di sini pada esok.

Pada separuh akhir kejohanan jemputan berpasukan itu hari ini, Singapore ALC menewaskan Cici Tennis Club (CTC) dari Pontianak, Indonesia dengan kiraan 3-0.

Gandingan beregu terbuka Singapore ALC, Malek dan Gareth memulakan rentak kemenangan dengan mengalahkan Nauvaldo Jati Algatra-Imade Bagas 3-6, 6-2, 10-4.

Advertisement

Mata kedua pula diperolehi menerusi kategori 30s dengan gandingan Alex Chen-Josh mengalahkan Damian Dion Salam-Yunus Aditya 6-0,6-0.

Mata kemenangan Singapore ALC diperolehi menerusi kategori 40s, gandingan Reuben-Dedy menang 3-6,6-1,6-5 (ret) ke atas Helly Trioyono-Hery.

Sementara itu dalam separuh akhir kedua, Qaybaee juga menang dengan kiraan 3-0 menewaskan KL Grinders.

Gandingan Mohd Faez Said-Mohd Fazree Said dalam kategori terbuka mengalahkan Mohamad Irzad-Mohamad Zhafree 6-2,6-2.

Beregu kategori 30s Mohammad Ashaari-Faizal Aidil mengalahkan Ahmad Hazeeq-Mohd Khuzairin 6-3,6-0.

Mata kemenangan Qaybaee diperolehi menerusi gandingan Andery Styawanto-Ferdy Fauzi yang mengalahkan Amar Iskandar-Syahruh Fahmi 6-3,6-0.

Perlawanan akhir esok bakal berlangsung pada jam 8.30 pagi dan dihadiri Menteri Belia, Sukan Dan Pembangunan Usahawan Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah.

Kejohanan yang bermula 14 November lalu disertai 13 pasukan dari Singapura, Indonesia selain Malaysia. — DayakDaily

Advertisement