Simpang J5 Nyabau, Lebuhraya Pan Borneo ditutup sementara

Penutupan sementara Simpang J5 Nyabau.
Advertisement

KUCHING, 29 Ogos: Simpang Junction 5 Nyabau, Projek Lebuhraya Pan Borneo Sarawak akan ditutup dari jam 10 malam hingga 5 pagi mulai 1 hingga 10 September 2021.

Jabatan Kerja Raya (JKR) dalam kenyataan berkata, ia bagi membolehkan kerja-kerja menaiktaraf jalan dilakukan di kawasan tersebut dan laluan sementara akan disediakan.

“Pengguna-pengguna jalan raya diminta berhati-hati semasa memandu di laluan berbatu semasa tempoh kerja-kerja menaiktaraf jalan dilakukan.

Advertisement

“Pengguna juga diminta untuk mematuhi segala papan tanda keselamatan trafik yang telah disediakan dan juga arahan Pengawal Trafik bertugas,” katanya.

Menurut JKR, pihak kontraktor akan memaklumkan sekiranya terdapat sebarang perubahan pada tarikh, waktu atau kawasan yang terlibat dengan kerja-kerja ini.

Justeru, pengguna jalan raya dinasihatkan untuk merancang sebelum memulakan perjalanan di kawasan-kawasan yang terlibat. Segala kesulitan amatlah dikesali.

Sekiranya terdapat sebarang aduan atau pertanyaan lanjut berkaitan dengan aliran trafik tersebut, sila hubungi Unit Lebuhraya Pan Borneo Sarawak, JKRS di talian 082-230879 atau En. Norsharizal (TMO) di talian 011-12605145. — DayakDaily

Advertisement