SIKIE: 4 lagi rumah panjang di Kakus akan nikmati bekalan air bersih

Sikie(tujuh dari kanan) merakamkan kenangan bersama penduduk kampung selesai program dialog di Dewan Masyarakat Punan, Kakus.
Advertisement

KUCHING, FEB 25: Empat buah rumah panjang dan satu sekolah di daerah Kakus, Tatau bakal menikmati bekalan air bersih menjelang akhir tahun 2020.

Empat rumah panjang terbabit ialah Rh. Ado, Rh. Jeffery Kitup, Rh.Jayan dan Rh.Kiah.

Menteri Muda Undang- Undang dan Adat Bumiputera, Datuk John Sikie Tayai berkata, ia berikutan pelaksanaan projek bekalan air alternatif Sarawak (SAWAS) bermula April ini.

Advertisement

“Sebanyak 195 pintu keluarga dari empat buat rumah panjang bakal menerima maufaat daripada projek SAWAS pada penghujung tahun ini.

“Sebuah sekolah rendah turut menikmati kemudahan yang sama kelak,” katanya pada program Dialog Bersama Rakyat yang diadakan di Dewan Masyarakat Punan di Kakus, semalam.

Tambah Sikie yang juga ADUN Kakus, projek bernilai RM12 juta itu melibatkan pembinaan loji air dan kerja-kerja pemasangan paip.

“Ia sejajar dengan hasrat kerajaan negeri untuk memastikan grid bekalan air bersih mencapai 100 peratus ke semua kawasan pendalaman menjelang tahun 2025” ujar beliau.

Menurut Sikie lagi, projek yang sama juga dirancang dilaksanakan di kawasan Sungai Bawang dan Ulu Arip, Selangau. — DayakDaily

Advertisement