SHMMP Tahun Baru Cina 2020 melibatkan 16 jenis barangan

Red and green peppers. DayakDaily.com file pic. // Photo: Pixabay

KUCHING, Jan 20: Sebanyak 16 jenis barang disenaraikan mengikut Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) yang dilaksanakan bermula hari ini hingga Februari 2 bersempena Tahun Baru Cina 2020.

Menurut Kementeri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menerusi satu kenyataan media hari ini, SHMMP dilaksanakan selama 14 hari iaitu lima hari sebelum perayaan, pada hari perayaan dan lapan hari selepas perayaan.

“Kementerian telah mengenal pasti 16 jenis barangan bagi pelaksanaan SHMMP Tahun Baru Cina 2020 berbanding 13 jenis barangan sebelum ini.


“Pertambahan melibatkan cili merah, tomato dan ubi kentang import (China) manakala kategori barangan harga terkawal ialah ayam, telur ayam, sayuran, barang kering, hasil laut dan daging babi,” menurut KPDNHEP.

Kementerian juga memaklumkan bahawa kesemua barangan ini mendapat permintaan yang tinggi dari masyarakat yang menyambut perayaan.

Oleh itu, kawalan harga dibuat ke atas barangan ini bagi menstabilkan harga dan bekalan di pasaran.

Senarai barangan bagi SHMMP Tahun Baru Cina 2020 ialah ayam hidup, ayam standard, ayam super, telur ayam gred A, telur ayam gred B, telur ayam gred C, kubis bulat import, cili merah, tomato, ubi kentang import (China), bawang putih (China), ikan bawal putih, udang putih besar, babi hidup, daging babi (perut) dan daging babi (daging dan lemak).

Dalam pada itu, kementerian akan bertindak tegas terhadap peniaga yang gagal mematuhi peraturan di bawah skim tersebut mengikut Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011.

Pengguna boleh menyalurkan aduan kepada Kementerian ini melalui Portal e-aduan@kpdnhep.gov.my, Call Centre 1800886800, emel e-aduan@kpdnhep.gov.my, aplikasi telefon pintar Ez ADU, Enforcement Command Centre (ECC) 03-88826245/6088, talian 03-80008000 Malaysia Government Call Centre (MYGCC) Whatsapp ke 019- 2794317 atau melaporkan ke mana-mana 73 pejabat KPDNHEP di seluruh negara. — DayakDaily