Seramai 40,448 calon UPSR 2019 di Sarawak

The UPSR examination for primary school students has been abolished permanently. File Photo
Advertisement

Oleh Dean Adam

KUCHING, Ogos 30: Seramai 40,448 orang calon dari 1,285 buah pusat peperiksaan di seluruh Sarawak akan menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2019.

Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak (JPNS) dalam satu kenyataan media hari ini memberitahu, kesemua calon akan menduduki peperiksaan mulai 4 dan 5 September, kemudian 10 hingga 12 September 2019.

Advertisement

Kata JPNS, daripada jumlah itu seramai 30,649 orang calon atau 75.77 peratus akan menduduki UPSR dalam Aliran Bahasa Melayu.

“Sementara 9,799 orang calon atau 24.23 peratus akan menduduki UPSR dalam bahasa Aliran Bahasa Cina.

“Seramai, 328 orang penyelia kawasan dan seramai 4,999 orang pengawas akan terlibat dalam urusan pengendalian UPSR tahun ini,” kata JPNS hari ini.

Tambah JPNS, semua calon diingatkan supaya menyemak jadual waktu ujian dan membawa kad pengenalan atau sijil lahir atau borang pengenalan diri dan kenyataan kemasukan ke pusat peperiksaan pada setiap hari peperiksaan.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Sektor Penilaian dan Peperiksaan, JPNS di talian 082-473534 atau 082-473538.— DayakDaily

Advertisement