Seramai 27 usahawan wanita sertai Program ‘Rapid Response Recovery’

Datuk Seri Fatimah Abdullah

KUCHING, 18 Ogos: Seramai 27 usahawan wanita telah terpilih menyertai program ‘Rapid Response Recovery’ anjuran pihak Startup Malaysia.

Menurut Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga Dan Pembangunan Kanak-Kanak Dato Sri Fatimah Abdullah, usahawan wanita terpilih terdiri daripada pelbagai bidang perniagaan.

“Perniagaan spa dan urut seramai 7 orang, kraftangan seramai 3 orang, makanan seramai 8 orang, pembinaan 2 orang, jahitan dan pakaian 4 orang, kecantikan, perkhidmatan perkahwinan, takaful, dan pertanian masing-masing seorang,” katanya pada pelancaran program secara live di facebook hari ini.


Tambah Fatimah, program bermula bermula pada 16 Ogos 2021 dan tamat pada 10 September 2021 melalui mesyuarat Zoom.

Katanya, harapan kementerian agar program selama 4 minggu sebanyak 12 sesi ini akan dimanfaatkan sepenuhnya oleh para peserta yang terpilih.

“Mudah-mudahan program ini akan membantu meningkatkan keampuhan dan kemandirian para usahawan wanita Sarawak dalam mendepani cabaran berikutan pandemik Covid-19.

“Mereka akan dapat terus bangkit membina perniagaan sesuai bidang perniagaan yang diceburi masing-masing,” ujar Fatimah. — DayakDaily