Separuh jalan Flyover Permyjaya ditutup 28 Okt hingga 4 Nov

Notis pemberitahuan JKR.
Advertisement

KUCHING, 27 Okt: Separuh jalan di Flyover Permyjaya di Miri akan ditutup sementara mulai 28 Oktober hingga 4 November depan.

Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak dalam satu notis pemberitahuan berkata, ia bagi memberi laluan bagi kerja-kerja pembaikan Grouting Expansion Joint diatas flyover tersebut.

Justeru pengguna jalanraya dinasihatkan untuk berhati-hati semasa melalui kawasan pembaikan dan mematuhi papan tanda keselamatan. — DayakDaily

Advertisement
Advertisement