Oleh DayakDaily Team
KUCHING, 2 Sep: Separuh jalan di Kampung Sambir, Samarahan akan ditutup sementara mulai 4 Sept hingga 27 Okt 2024.
Jabatan Kerja Raya (JKR) Bahagian Samarahan dalam satu notis pemberitahuan memaklumkan penutupan sementara melibatkan KM0+000-KM1+615.
Katanya, ia bagi memberi laluan kepada kerja-kerja pembaikan dan penurapan jalan. — DayakDaily
Advertisement