Seorang wanita antara yang ditangkap disyaki mengedar dadah di Kg Jaya Bakti

Suspek dan barang rampasan.

KUCHING, 30 Nov: Dua indvidu ditangkap di sebuah rumah Kampung Jaya Bakti, di sini kerana disyaki terlibat kegiatan mengedar dadah semalam.

Ketua Polis Daerah Padawan Supt Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata kedua-dua suspek berusia (lelaki) 36 dan (wanita) 33 tahun dan merupakan warga tempatan.

Katanya, pemeriksaan di lokasi kejadian menjumpai dadah jenis syabu seberat kira-kira 105.76 gram, dianggarkan bernilai RM10,576.


Pihak polis turut menyita sebuah kenderaan Perodua Axia warna hitam di bawah Akta Dadah Berbahaya (Perlucuthakan Harta) 1988 yang dipercayai digunakan bagi tujuan pengedaran dadah.

Ujian saringan awal ujian air kencing kedua-dua sabjek juga didapati positif dadah.

Hasil semakan rekod jenayah lampau mendapati saspek lelaki mempunyai rekod kes dadah manakala saspek wanita tidak mempunyai sebarang rekod jenayah.

Kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952. — DayakDaily