Seorang parah dalam kemalangan di Jalan Song

Keadaan di lokasi kemalangan.

KUCHING, 5 Feb: Seorang lelaki cedera parah, manakala dua lagi tidak mengalami kecederaan dalam kemalangan membabitkan dua buah kenderaan di Jalan Song, di malam tadi.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Sarawak Supt Alexson Naga Chabu berkata mangsa yang parah semasa kejadian memandu sebuah kereta Perodua Myvi.

Katanya, sampai di tempat kejadian, mangsa dikatakan gagal mengawal keretanya lalu terbabas ke laluan bertentangan dan berlanggar dengan sebuah Ford Ranger.


Kesan daripada pelanggaran tersebut menyebabkan kedua-dua kenderaan mengalami kerosakkan teruk di bahagian hadapan.

Mangsa yang cedera parah telah dikejarkan ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk mendapatkan rawatan.

Siasatan lanjut polis berhubung kemalangan tersebut masih dijalankan di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. ― DayakDaily