Seorang maut, seorang lagi cedera dalam kemalangan kendiri di Lawas

Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
Advertisement

LAWAS, 9 Dis: Seorang maut dan seorang lagi cedera dalam kemalangan kendiri membabitkan sebuah Nissan Navara di jalan Kampung Siang-Siang Lawas semalam.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (Bomba) Sarawak berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian pada jam 8.02 malam.

Katanya, laporan diterima mengatakan kenderaan tersebut dipercayai hilang kawalan lalu terbabas ke dalam parit.

Advertisement

“Kemalanngan melibatkan dua orang mangsa dan seorang daripadanya masih sedar diri dan mengalami kecederaan ringan.

“Manakala seorang lagi mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Jelasnya, mangsa yang meninggal dunia tersepit di dalam kenderaan tersebut menyebabkan anggota Bomba terpaksa menggunakan peralatan menyelamat untuk mengeluarkan mangsa.

“Mangsa selepas berjaya dikeluarkan kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Mangsa yang cedera dikejarkan ke Hospital Lawas untuk mendapatkan rawatan. — DayakDaily

Advertisement