Seorang maut, dua melecur dalam insiden letupan gas di Lawas

Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
Advertisement

LAWAS, 16 Nov: Seorang mati manakala dua lagi cedera dalam insiden letupan Sabah Sarawak Gas Pipeline (SSGP) di Long Ugui, Lawas hari ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (Bomba) Sarawak berkata kejadian dilaporkan berlaku pada jam 2.49 petang.

Katanya, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lawas dikerahkan ke lokasi kejadian.

Advertisement

“Setiba di lokasi, komander operasi maklum berlakunya kebakaran melibatkan gas pipe line milik SSGP.

“Keluasan kebakaran dan letupan dianggarkan pada jarak radius 400 meter dan kebakaran melibatkan sebuah motor, excavator, bulldozer dan sebuah lori.

“Kebakara juga melibatkan tiga orang mangsa di mana seorang disahkan meninggal dunia semasa berad dalam excavator dan dua lagi mangsa cedera melecur,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Tambahnya, mangsa yang meninggal dunia dikenali sebagai Hadi Wiyono.

Mayat mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut.

Punca kebakaran masih dalam siasatan. — DayakDaily

Advertisement