This Content Is Only For Subscribers
BINTULU, 1 Ogos: Seorang lelaki maut dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta dengan lori mengecat/membaiki jalan di Jalan Pesisi Bintulu-Samalaju hari ini.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (Bomba) Sarawak berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian pada jam 4.20 petang.
Katanya, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Samalaju dikerahkan ke lokasi kejadian.
“Setiba di lokasi kejadian, komander operasi mengarahkan anggota untuk mengeluarkan seorang mangsa yang terperangkap di dalam
kereta menggunakan peralatan menyelamat.
“Mangsa berjaya dikeluarkan dan kemudian diserahkan kepada pihak ambulan dari Klinik Kesihatan Nyalau untuk tindakan selanjut.
“Mangsa bagaimanapun disahkan meninggal dubia dan kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Mangsa yang meninggal dunia dikenali sebagai Kooh Boon Chuan berusia 23 tahun dan beralamatkan dari Taman San San Jalan Sultan Iskandar, Bintulu.
Setelah memastikan keadaan selamat kepada pengguna-pengguna jalan raya yang lain, pihak Bomba bertolak balik ke balai. — DayakDaily