Seorang lelaki maut selepas rempuh belakang kereta di Jambatan Batang Sadong

Remuk teruk bahagian belakang kereta yang dirempuh mangsa.

KOTA SAMARAHAN, 29 Okt: Seorang lelaki maut selepas dikatakan merempuh belakang sebuah kereta di atas Jambatan Batang Sadong, hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak Supt Alexson Naga Chabu berkata mangsa, 32 tahun semasa kejadian menunggang sebuah motosikal pada jam 6.30 pagi.

Katanya, mangsa dari arah Simunjan menuju ke Asajaya apabila dikatakan melanggar belakang sebuah kereta di laluan yang sama.

Impak rempuhan tersebut menyebabkan mangsa mengalami kecederaan parah dan kemudian dikejarkan ke Klinik Sadong Jaya.

Bagaimanapun, dia disahkan meninggal dunia pada jam 7.05 pagi oleh kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Siasaatan kes masih dijalankan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. — DayakDaily