SIBU, 27 Dis: Seorang lelaki dilaporkan hilang selepas dikatakan terjatuh di jeti Batang Rajang di Simpang Lassa Rumah Francis Nanga Singat, Tanjung Manis.
Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (Bomba) Sarawak berkata mangsa dikatakan terjatuh sekitar jam 3 petang semalam.
Laporan kehilangan mangsa dibuat oleh abangnya pada jam 10.37 pagi tadi.
“Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) dari Balai Bomba dan Penyelamat Tanjung Manis kemudian membuat pencarian menggunakan kaedah ‘water surface’.
“Operasi pencarian dilakukan dalam radius 5 Kilometer dari tempat mangsa jatuh,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Katanya, operasi bagaimanapun terpaksa ditangguh pada jam 5.30 petang disebabkan faktor paras air sungai yang semakin surut dan keadaan cuaca.
Operasi SAR akan bersambung semula keesokkan hari. ― DayakDaily