Oleh Brad Rantayy
MIRI, 9 Mei: Seorang lelaki ditahan bersama sebuah van yang dilengkapi tangki menyimpan minyak diesel pada malam Ahad di sini.
Tangkapan dilakukan sepasukan unit risikan Polis Marin Miri telah menahan dan memeriksa seorang lelaki tempatan serta sebuah yang berisi minyak diesel.
Semasa pemeriksaan lanjut, lelaki terbabut gagal menunjukkan dan mengemukakan sebarang bukti berdokumen kebenaran memiliki, menyimpan, membawa barang kawalan tanpa permit atau tanpa lesen tanpa kebenaran khas dari pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).
Semua barang rampasan dan tangkapan dibawa ke pejabat Polis Marin Miri untuk diambil tindakan.
Kes diserah dan dirujuk kepada Pegawai Penyiasat KPDNHEP Miri untuk siasatan dan tindakan selanjutnya.
Kes disiasat dibawah Akta Kawalan Bekalan 1961. — DayakDaily