Senator Robert Lau sumbang RM3,000 bantu OKU

Isak (tengah) menyampaikan sumbangan mewakili Lau.

Follow and subscribe to DayakDaily on Telegram for faster news updates.


KUCHING, 17 Jan: Senator Robert Lau Hui Yew baru-baru ini telah memberi sumbangan RM3,000 kepada Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Malaysia (SBM) Sarawak.

Ia bertujuan untuk membantu ahli-ahli persatuan di kawasan Sibu.

Berikutan itu, Pengerusi SBM Sarawak Isak Ngau dan Pengerusi SBM Cawangan Sibu Edmund Sumping telah mewakili Robert Lau untuk menyampaikan sumbangan.


Sumbangan berbentuk bantuan bakul makanan kepada 32 orang OKU penglihatan dari sekitar bandar Sibu.

Penyampaian telah berlangsung di Everwin Hypermarket, Sibu.

“Kepimpinan yang prihatin yang ditunjukkan oleh Robert Lau patut dipuji serta dicontohi oleh semua kalangan masyarakat bagi mewujudkan kesejahteraan bersama,” kata Isak.

Dalam pada itu, beliau berkata keahlian OKU penglihatan dari seluruh negeri Sarawak di bawah SBM Sarawak adalah berjumlah 317 orang.

Katanya, sebahagian besar daripadanya adalah berkerja sendiri sebagai pengusaha, juru urut, buskers mahupun penjual tisu. ― DayakDaily