Seekor orang utan baru lahir di Pusat Hidupan Liar Semenggoh

Orangutan at Semenggoh Wildlife Centre. (file photo)

KUCHING, April 5: Seekor anak orang utan dilahirkan di Pusat Hidupan Liar Semenggoh di sini pada Mac 22 lepas.

Sarawak Forestry Corporation (SFC) dalam satu kenyataan hari ini memberitahu, mamalia yang baru dilahirkan itu adalah anak kepada seekor orang utan yang dikenali sebagai Sadamiah, 16.

Kata SFC, kali terakhir Sadamiah kelihatan di platform makanan ialah pada Mac 17 lepas.

“Sadamiah kemudian kelihatan bersama seekor anak orang utan. Ketika ditemui kedua-dua orang utan itu dalam keadaan sihat,” kata SFC dalam satu kenyataan hari ini.

SFC menambah, kerja-kerja pemantauan dan pemeriksaan akan dilakukan bagi memastikan anak orang utan tersebut sihat.


Pusat Hidupan Liar Semenggoh kini mempunyai 30 ekor orang utan. — DayakDaily