Oleh Brad Rantayy
MIRI, 23 Feb: Seekor kerbau dewasa mati selepas dilanggar sebuah kenderaan dipercayai lori berhampiran Jambatan Lutong di sini awal pagi ini.
Kejadian menyebabkan pemilik ternakan terbabit mengalami kerugian lebih RM7,000.
Difahamkan, dalam kejadian sekitar 5 pagi tadi itu, kerbau tersebut dikatakan telah terlepas dari tali pengikatnya sebelum berkeliaran ke kawasan tersebut
Dipercayai kejadian berlaku secara tiba-tiba menyebakan pemandu kenderaan tersebut tidak sempat menekan brek lalu merempuh haiwan ternakan itu.
Beberapa pengguna jalan raya yang kebetulan melimpasi kawasan tersebut, telah segera memberhentikan kenderaan masing-masing apabila terlihat bangkai haiwan tersebut di tepi jalan raya menuju ke Jambatan Lutong.
Menurut Ketua Jawatankuasa Penduduk (JKP) Miri, Malateh Mahmud, pihaknya telah memaklumkan kejadian itu kepada pemilik haiwan ternakan tersebut untuk tindakan lanjut. — DayakDaily