Sebuah rumah terbakar di Kampung Hilir, Sri Aman

Anggota Bomba berusaha memadam kebakaran.

Follow and subscribe to DayakDaily on Telegram for faster news updates.


SRI AMAN, 19 Mei: Sebuah rumah di Kampung Hilir, di sini dilaporkan musnah dalam kebakaran pagi tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (Bomba) Sarawak berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian pada jam 7.15 pagi.

Katanya, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Sri Aman dikerahkan ke lokasi kejadian.


“Setibanya pihak Bomba di lokasi, komander operasi melaporkan kebakaran melibatkan sebuah rumah jenis separuh kekal yang telah terbakar 100 peratus ketika mereka tiba di lokasi.

“Kebakaran telah berjaya dikawal sepenuhnya. Strategi pemadaman untuk tindakan awalmenggunakan salur bantu mula satu aliran seterusnya anggota pemadaman membuat satu aliran 200 kaki 2 nozel dan 1 aliran 300 kaki 1 nozel dan punca air dari pili Vomba berdekatan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Tiada kecederaan dan kemalangan jiwa dilaporkan dalam kebakaran tersebut.

Punca kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam siasatan.

Operasi memadam kebakaran tersebut tamat sepenuhnya pada jam 8.29 pagi. — DayakDaily