Sebuah rumah di Kg Sulap Lada Kelulit Niah terbakar

Anggota Bomba memadam kebakaran.

BATU NIAH, 21 Feb: Sebuah rumah yang dihuni satu keluarga terdiri daripada lapan orang termasuk seorang bayi perempuan berusia sebulan musnah terbakar hari ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (Bomba) Sarawak berkata kejadian tersebut dilaporkan berlaku di Kampung Sulap Lada Kelulut Niah sekitar jam 2.14 petang tadi.

Katanya, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Niah diketuai Pegawai Bomba Kanan Mahmud Punya dikerahkan ke lokasi kejadian untuk memadam kebakaran.


“Semasa kebakaran berlaku, terdapat tujuh penghuni rumah berada di dalam rumah dan mereka sempat keluar untuk menyelamatkan diri tanpa mengalami kecederaan.

“Pasukan Bomba bertindak memadam kebakaran menggunakan dua aliran pancutan 200 kaki dari pam pili Bomba sehingga api dipadamkan sepenuhnya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya, kebakaran membabitkan rumah satu tingkat jenis tidak kekal itu berjaya dipadamkan sepenuhnya dan operasi tamat pada jam 3.40 petang.

“Kebakaran tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa dan punca kejadian serta taksifan kerugian dan diselamatkan masih dalam siasatan,” katanya. — DayakDaily