Sebuah rumah di Kampung Panglima Seman Lama musnah terbakar

Kelihatan api sedang marak membakar sebuah rumah.
Advertisement

Oleh Dean Adam

KUCHING, Mei 2: Sebuah rumah di Kampung Panglima Seman Lama di sini musnah terbakar malam tadi.

Bagaimanapun, dalam kejadian kira-kira pukul 1 pagi itu, tiada laporan kecederaan atau kemalangan jiwa berlaku.

Advertisement

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 1.05 pagi.

Jelasnya, sepasukan anggota bomba dari BBP Petra Jaya dan BBP Padungan kemudian bergegas ke tempat kejadian untuk melakukan operasi memadam kebakaran.

“Apabila tiba, pasukan bomba mendapati api sedang marak membakar sebuah rumah jenis separuh kekal di situ.

“Semasa kejadian, tiada penghuni berada di kediaman tersebut,” katanya di sini hari ini.

Jurucakap sama menambah, siasatan lanjut mendapati pemilik asal rumah tersebut berada di Sibu.

Katanya, operasi itu tamat sepenuhnya pada pukul 1.50 petang.

“Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam proses siasatan,” katanya. — DayakDaily

Advertisement