Sebuah kereta terbakar, tempat letak kereta dan sebuah van di Jalan Matang-Batu Kawa turut terkesan

Bomba sedang memeriksa keadaan kereta yang terbakar.

KUCHING, 24 Julai: Sebuah kereta terbakar sehingga turut menyebabkan kerosakkan teruk di bahagian tempat letak kereta sebuah rumah dan sebuah van di Jalan Matang-Batu Kawa.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (Bomba) Sarawak berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian pada jam 12.44 tengah malam tadi.

Katanya, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Petra Jaya dan Batu Lintang dikerahkan ke lokasi kejadian.


“Setibanya di lokasi kejadian, didapati kebakaran melibatkan sebuah kereta Proton Perdana yang terbakar 100 peratus menyebabkan kemerebakan kebakaran di tempat letak kereta dan sebuah lagi van yang turut mengalami kerosakan pada cermin sisi.

“Siling rumah ruangan parkir turut jatuh akibat kesan kebakaran tersebut,” katanya dalam satu kenyataan, di sini.

Kebakaran berjaya dikawal dan padam sepenuhnya beberapa minit kemudian.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kebakaran tersebut.

Punca kebakaran masih dalam siasatan. — DayakDaily