Sebuah keluarga cemas, rumah didiami terbakar

Kesan kebakaran melibatkan ruang tamu sebuah rumah.

Oleh Dean Adam

KUCHING, April 4: Sebuah keluarga berdepan dengan detik mencemaskan apabila kediaman mereka di Lorong Cahaya Mata 13A, Bandar Baru Samariang di sini semalam.

Bagaimanapun, dalam kejadian kira-kira pukul 7.45 malam itu, tiada laporan kecederaan atau kemalangan jiwa berlaku.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kebakaran berkenaan pada pukul 7.47 malam.

Jelasnya, sepasukan anggota bomba dari BBP Petra Jaya dan BBP Tabuan Jaya kemudian bergegas ke tempat kejadian untuk melakukan operasi memadam kebakaran.


“Sebaik tiba, anggota bomba mendapati api sedang marak membakar sebuah rumah jenis struktur jenis kekal satu tingkat.

“Operasi pemadaman terus dijalankan sehingga api dapat dikawal pada pukul 7.58 malam,” katanya di sini malam ini.

Jurucakap sama menambah, kebakaran itu telah memusnahkan ruang tamu kediaman tersebut.

Ujarnya, memusnahan akibat kebakaran adalah kira-kira 40 peratus.

“Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih lagi dalam proses siasatan,” katanya. — DayakDaily