Sebuah keluarga cemas, kotak suis elektrik terbakar

Keadaan kotak suis elektrik yang terbakar.
Advertisement

Oleh Dean Adam

BINTULU, April 22: Sebuah keluarga berdepan dengan detik mencemaskan apabila kotak suis elektrik di kediaman mereka di Kampung Dato di Jalan Abang Galau di sini terbakar.

Bagaimanapun, dalam kejadian kira-kira pukul 5.40 petang itu, tiada laporan kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan berlaku.

Advertisement

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 5.44 petang.

Katanya, sejurus itu, sepasukan anggota bomba dari BBP Bintulu bergegas ke tempat kejadian untuk melakukan operasi memadam kebakaran.

“Pasukan bomba bergerak dari Tanjung Batu semasa operasi pemadaman kebakaran belukar iaitu kira-kira 10 kilometer dari tempat kejadian.

“Setibanya di lokasi kejadian didapati benar berlaku kebakaran melibatkan kotak suis elektrik, namun api berjaya dipadamkan oleh orang awam,” katanya di sini hari ini.

Jurucakap sama menambah, anggota bomba kemudian membuat pemeriksaan lanjut dan setelah keadaan terkawal serta api padam sepenuhnya pasukan bartolak balik ke balai.

“Operasi tamat kira-kira pukul 7 malam,” katanya. — DayakDaily

Advertisement