Sebahagian laluan ke Feri Igan ditutup mulai 1 Mac

Sebahagian laluan ke Feri Igan akan ditutup mulai 1 Mac, 2023.

KUCHING, 28 Feb: Sebahagian jalan ke Feri Batang Igan akan di tutup mulai 1 Mac ini sehingga tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

Jabatan Kerja Raya (KKR) Sarawak dalam satu kenyataan berkata, ia bagi memberi laluan kepada kerja baik pulih di feri tersebut.

Pengguna feri diminta berhati hati ketika memandu di laluan berkenaan semasa kerja-kerja tersebut. — DayakDaily