Sebahagian jajaran Jalan Setia Raja ditutup 3-4 Disember

Kedudukan kerja-kerja pembaikan permukaan jalan di Jalan Setia Raja.
Advertisement

KUCHING, 30 Nov: Sebahagian jajaran di Jalan Setia Raja akan ditutup dan laluan sementara akan diadakan pada 3 hingga 4 Disember mulai 7 malam hingga 6 pagi.

Jabatan Kerja Raya (JKR) Bahagian Kuching dalam satu kenyataan hari ini berkata, ia bagi memberi laluan kepada kerja-kerja pembaikan permukaan jalan dan saluran air di jalan tersebut.

Justeru, pengguna-pengguna jalan raya diminta berhati-hati semasa memandu di laluan berkenaan semasa tempoh kerja-kerja tersebut sedang dijalankan dan mematuhi segala pengurusan trafik untuk keselamatan dengan perhatian khusus.

Advertisement

Pengguna-pengguna juga dinasihati untuk menggunakan laluan alternatif yang bersesuaian sehingga kerja-kerja pembaikan tamat.

Pihak kontraktor akan memaklumkan sekiranya terdapat sebarang perubahan pada tarikh atau kawasan yang terlibat dengan kerja-kerja ini.

Sekiranya terdapat sebarang aduan atau pertanyaan lanjut berkaitan dengan aliran trafik tersebut, sila berhubung dengan JKR Bahagian Kuching melalui talian 082-203400. ā€” DayakDaily

Advertisement