SCOTCH 2022 raikan media Sarawak

Pasukan DayakDaily menerima hadiah daripada Nanta (empat dari kiri).
Advertisement

KUCHING, 25 Okt: Pasukan Jabatan Penerangan Sarawak dan DayakDaily masing-masing memenangi tempat pertama dan kedua Smart COnsumer Trolley CHallenge (SCOTCH 2022).

Cabaran yang diadakan di Mydin Hypermarket Vista Tunku, Petra Jaya malam tadi adalah merupakan Program Jerayawara KPDNHEP bersama media Sarawak.

Program telah dihadiri ‘Caretaker’ Menteri KPDNHEP Dato Sri Alexander Nanta Linggi dan Ketua Setiausaha Datuk Azman Mohd Yusof.

Advertisement

“Kementerian menghargai sumbangan pengamal-pengamal media Sarawak di dalam membantu mewar-warkan program, bantuan serta inisiatif yang dilaksanakan oleh Kerajaan.

“Semua program, bantuan dan inisiatif daripada Kerajaan ini adalah untuk meringankan beban rakyat sebagai pengguna,” katanya dalam ucapan ringkas.

SCOTCH adalah pertandingan berbentuk interaktif menguji kefahaman dan meningkatkan kesedaran kepenggunaan serta berbelanja secara berhemah di kalangan peserta.

Bagi Edisi kali ini, sebanyak 13 pasukan mewakili agensi-agensi media negeri telah mengambil bahagian. — DayakDaily

Advertisement