SCB bantu penduduk Kampung Sting sempena Hari Industri Mesyuarat Global 2018.

Pasukan SCB merakamkan gambar di kawasan air terjun ‘Kling’ di Hulu Bengoh.

KUCHING, April 12: Biro Konvensyen Sarawak (SCB) baru-baru ini menyalurkan usaha dalam pembinaan sebuah ‘chapel’ di Kampung Sting, salah sebuah penempatan baru di hulu empangan Bengoh.

Ketua Pegawai Operasi SCB, Amelia Roziman berkata inisiatif tersebut merupakan salah satu program tanggungjawab sosial korporat (CSR) SCB dalam menggalakkan inklusiviti masyarakat luar bandar sempena Hari Industri Mesyuarat Global (GMID) 2018.

Amelia menambah selain usaha untuk membina sebuah ‘chapel’ di perkampungan Bidayuh itu, SCB juga menyumbang kemudahan inap desa asas untuk menyokong peralihan kampung tersebut daripada pertanian kepada eko-pelancongan.

“Acara Perniagaan merupakan pemangkin pembina warisan untuk memperjuangkan kelestarian dan pertumbuhan ekonomi di negeri ini.

“Ia membantu dalam usaha memajukan teras dalam setiap sektor, daripada menyumbang kepakaran dalam bidang penting hingga kepada menaikkan profil jenama.


“Inilah tujuan kempen kami ‘Redefining Global Tribes’ – untuk menyatukan komuniti Acara Perniagaan di bawah satu identiti global bagi mewujudkan ekonomi lebih mantap,” katanya dalam satu kenyataan media.

GMID adalah satu inisiatif pakatan industri ‘Meetings Mean Business’ diraikan setiap tahun pada April 12 untuk mempamerkan nilai yang dibawa oleh acara perniagaan kepada rakyat, perniagaan dan komuniti.

Dengan lebih 120 acara yang diadakan di seluruh dunia pada 2017, sambutan pada tahun ini menggunakan tagline ‘real results, real impact, all around the world’ dan menggalakkan rakan niaga industri di seluruh dunia untuk berkongsi impak positif daripada Acara Perniagaan.

Untuk maklumat lanjut mengenai bagaimana ‘Redefining Global Tribes’ dapat menambah nilai kepada Acara Perniagaan anda, sila hubungi Jemima Rinai Joseph menerusi emel jemima@sarawakcb.com atau hubungi 082-242516.

Maklumat lanjut mengenai GMID boleh didapati di http://meetingsmeanbusiness.com/gmid. — DayakDaily