Sarawak wilayah pertama bergerak ke arah ekonomi hijau – Abang Johari

Uggah mewakili Premier Sarawak di Perasmian Bursa Marketplace Fair di Kuching.
Advertisement

KUCHING, 9 Nov: Sarawak wilayah pertama di Malaysia yang bergerak ke arah ekonomi hijau, kata Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Menurut beliau, ia melibatkan peralihan tenaga bersih melalui solar, kuasa hidro dan hidrogen, serta CCUS (Carbon Capture, Utilization and Storage).

“Sesungguhnya bahawa produk Sijil Tenaga Boleh Diperbaharui (RECS) pertama oleh Bursa Carbon Exchange adalah dari Sarawak, yang dijana daripada Loji Hidroelektrik Murum.

Advertisement

“Sarawak telah mengorak langkah besar peneraju global dalam tenaga bersih, ” katanya di Perasmian Bursa Marketplace Fair di Kuching hari ini.

Teks ucapan Abang Johari dibaca oleh Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah yang mewakili beliau.

Tambah beliau, dengan kehematan kewangan, tadbir urus yang baik dan kekuatan industri, Sarawak telah maju dalam sektor seperti minyak dan gas.

Ini termasuk penerokaan, pengeluaran dan peruncitan; pembuatan dalam logam, tenaga hijau dan teknologi, serta melihat kekuatan baharu dalam pertanian dan banyak sektor lain.

“Sumber semula jadi kami yang menyediakan kuantiti kuasa yang besar dan sumber manusia dengan bakat adalah tulang belakang ekonomi Sarawak,” kata Abang Johari. — DayakDaily

Advertisement