Sarawak United gagal ulangi rentak kemenangan

Sarawak United FC

Oleh Muhammad Akmal Rizki

KUCHING, Mar 12: Hasrat pasukan Sarawak United FC untuk meneruskan rentak kemenangan dalam saingan Liga Premier 2020 tidak kesampaian.

Pasukan kendalian Elavarasan Elangowan tewas tipis, 1-0 kepada Selangor 2 dalam aksi ketiga liga berlangsung di Stadium Cheras, Kuala Lumpur malam tadi.

Kedua-dua pasukan buntu mencipta jaringan pada babak pertama.

Babak kedua aksi bertambah sengit ditampil kedua pasukan namun gol yang dicari masih belum menjelma.

Tuah lebih memihak tuan rumah apabila pemain gantian, Ahmad Danial Ahmad Asri pada minit ke-81.

“Kita gagal memanfaatkan peluang mendapatkan mata apabila pemain gagal bermain seperti yang diharapkan.

“Mungkin terlalu yakin hingga hilang fokus menyebabkan kita gagal menyusun permainan seperti yang dikehendaki oleh jurulatih,” kata Pengurus Pasukan, Afiq Fikri Brahim ketika dihubungi hari ini.

Beliau bagaimanapun optimis pemain Sarawak United akan bangkit semula apabila bertemu dengan Kuala Lumpur di Stadium Sarawak, Petra Jaya pada Sabtu ini.

Keputusan itu meletakkan Sarawak United FC di tangga ketujuh liga dengan hanya mengumpul tiga mata setakat ini. —DayakDaily