Sarawak Regatta 2023: Puteri Dang Yayasan Sarawak dinobat Raja Sungai

Pengurus pasukan kategori Raja Sungai menerima hadiah masing-masing. Foto: Unit Komunikasi Awam Sarawak

KUCHING, 5 Nov: Pasukan Puteri Dang Yayasan Sarawak meraih gelaran Raja Sungai tahun ini selepas menjuarai kategori Bidar 30 Pekayuh Lelaki sempena Temasya Regata Sarawak 2023 yang menutup tirai hari ini.

Pemegang gelaran Raja Sungai edisi tahun ini menewaskan Pasukan Puteri Dang Yayasan Sarawak 8 di tempat kedua, manakala Pasukan Udak 18 di tempat ketiga.

Dengan gelaran Raja Sungai, Pasukan Puteri Dang Yayasan Sarawak membawa pulang hadiah wang tunai RM30,000.


Naib juara dan tempat ketiga masing-masing menerima hadiah wang tunai RM20,000 dan RM10,000.

Sultan Sharafuddin (kanan) dan Abang Johari hadir di penutupan Regatta Sarawak 2023. Foto: Unit Komunikasi Awam Sarawak

Hadiah disampaikan oleh Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah diiringi Premier Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg. — DayakDaily

Suasana di Tebingan Sungai selesai perlumbaan Kategori Bidar 30 Pekayuh Lelaki di Temasya Sarawak Regatta 2023. Foto: UKAS
Abang Johari meluangkan masa bergambar bersama pengunjung Temasya Sarawak Regatta 2023. Foto: UKAS