Sarawak rancang bina Jalan Sempadan dan Jalan Feeder 1,487 km dengan kos RM38 bln

Uggah dan Rafizi hadir sesi libat urus Rancangan Malaysia Ke-13.
Advertisement

KUCHING, 30 Okt: Kerajaan Sarawak merancang membina Jalan Sempadan dan Jalan Feeder melibatkan 1,487 km dengan anggaran kos RM38 billion.

Timbalan Premier Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, ia bagi menyediakan ketersambungan kepada ICQS, pos kawalan keselamatan dan penempatan di sempadan ke jaringan jalan raya utama seperti Lebuhraya Pan Borneo, Jalan Utama Kedua dan Jalan Pesisir.

“Kita berharap Kerajaan Persekutuan akan mempertimbangkan pembinaan jalan sempadan dan feeder.

Advertisement

“Ia untuk memastikan kedaulatan negara dijaga dan sekaligus menjadi pemangkin kepada pembangunan sempadan,” kata Uggah.

Beliau berkara demikian pada sesi libat urus Rancangan Malaysia Ke-13 bersama Menteri Ekonomi Rafizi Ramli di Kuching hari ini.

Dalam pada itu, Uggah mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan kerana meluluskan peruntukan RM500 juta untuk pembangunan sempadan Sarawak – Kalimantan.

Katanya, peruntukan ini dapat disalurkan untuk pelaksanaan projek naiktaraf pos-pos keselamatan dan kawalan di sempadan serta infrastruktur berkaitan. — DayakDaily

Advertisement