Sarawak mengambil tempat ke-2 dalam Kejohanan Taekwando Junior Kebangsaan 2019

Jamilah (tiga dari kiri) bersama pemenang Kejohanan Taekwando Junior Kebangsaan 2019.

KUCHING, Okt 20: Sarawak muncul tempat kedua keseluruhan dalam Kejohanan Taekwando Junior Kebangsaan ke-10 TM WTF-NSC-MILO 2019.

Dalam kejohanan yang berlangsung selama tiga hari di Pusat Latihan SALCRA Bajo Lundu bermula Okt 18-20, Sarawak mengutip 6 emas, 9 perak dan 21 gangsa.

Gelaran juara diungguli Kelab Koryo TKD yang meraih 17 emas, 12 perak dan 16 gangsa.

Kejohanan tersebut disertai 28 pasukan mewakil setiap negeri dan kelab terkemuka seluruh Malaysia.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Datu, Datuk Amar Jamilah Anu dalam teks ucapan penangguhan yang dibaca oleh Pegawai Daerah Lundu, Gustian Durani berterima kasih kepada Persatuan Taekwondo Malaysia dan Persatuan Taekwando Sarawak (PTS) yang menganjurkan kejohanan itu di Lundu.

Sementara itu, Presiden PTS Azizul Annuar Adenan Satem menyifatkan kejohanan telah dianjurkan dengan jayanya.

“Terima kasih kepada para peserta dan ibu-bapa yang datang dari jauh untuk menyertai pertandingan ini.

“Ambil peluang untuk bertandang ke Taman Negara Lundu yang tidak jauh dari Pekan Lundu dan pantainya yang cantik tidak jauh dari Pusat Latihan SALCRA Bajo Lundu.

“Jika di Sabah, Kudat merupakan ‘Tip Of Borneo’, maka di Sarawak Telok Melano yang teletak di Tanjong Datu dikenali sebagai ‘The Beginning of Borneo’,” kata Azizul.

Peserta-peserta kejohanan merakamlan kenangan beramai-beramai.

Majlis itu turut dihadiri oleh Naib Presiden Persatuan Taekwando Malaysia, Grandmaster Kriashmuthy, Pengerusi Teknikal Taekwando Kebangsaan Master Dhanraj Rassiah dan Grandmaster Tan Check Joon dari Persatuan Tekwondo Negeri Sarawak. — DayakDaily