Sarawak kutip emas ke 73 menerusi badminton perseorangan wanita

Wong beraksi cemerlang merangkul pingat emas. Kredit foto: TVS
Advertisement

KUCHING, 24 Ogos: Sarawak menambah kutipan emas ke 73 di hari terakhir Sukan Malaysia (Sukma) 2024 menerusi acara badminton perseorangan wanita sebentar tadi.

Dalam aksi di Stadium Tertutup Sibu, pemain Sarawak Wong Ling Ching menewaskan pemain Pulau Pinang Oo Shan Zi dengan kiraan 21-12, 21-15.

Dengan keputusan tersebut, Sarawak kini hanya dibezakan 2 pingat emas dengan Wilayah Persekutuan.

Advertisement

Wilayah Persekutuan mengekori rapat di tangga kedua dengam jumlah keseluruhan 71 pingat emas.

Terdahulu, perseorangan lelaki badminton Wilayah Persekutuan Justin Hoh memenangi emas setelah mengalahkan pemain Pulau Pinang Ong Zhen Yi.

Justin menang dengan kiraan 21-15, 21-16. — DayakDaily

Advertisement