Sarawak hargai komitmen kerajaan PN lindnungi Haknya di bawah MA63

kelihatan Awang Tengah ketika Jawatankuasa Sosio Ekonomi yang diadakan secara atas talian di Wisma Sumber Alam

Oleh Cornelius Kadir Edison

KUCHING, 4 Mac: Komitmen kerajaan persekutuan pimpinan Perikatan Nasional (PN) dalam melindungi hak Sabah dan Sarawak di bawah Perjanjian Malaysia (MA63) amat dihargai oleh kerajaan Sarawak.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, komitmen tersebut secara tidak langsung menunjukkan keikhlasan kerajaan PN untuk terus dan memastikan hak-hak terbabit terpelihara seperti yang termaktub di dalam perjanjian berkenaan.


“Pewujudan portfolio khas Hal Ehwal Sabah dan Sarawak oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sudah tentu merupakan platform untuk Sabah dan Sarawak memiliki pembangunan dan sosio ekonomi yang sama seperti Semenanjung Malaysia,”

“Saya berharap agar jawatankuasa khas sosio ekonomi ini akan berupaya menyelesaikan isu-isu berkenaan ekonomi dalam kita memastikan semua negeri di Malaysia mampu maju bersama selaras dengan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030,” katanya.

Penghargaan tersebut disampaikan Awang tengah pagi tadi ketika menghadiri mesyuarat Jawatankuasa Sosio Ekonomi yang diadakan secara atas talian di Wisma Sumber Alam.

Mesyuarat tersebut yang julung kali diadakan bagi tahun ini telah dipengerusikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dato Sri Mustapha Mohamed.

Yang turut hadir bersama secara atas talian adalah Menteri Kanan Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof. — DayakDaily